KAITAN DIOKSIN DENGAN WANITA

Kertas buangan, agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak, pulpa ayu yang terdedah dengan bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan klorin untuk menjadikannya ia lembut, putih dan bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses. Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner, dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin.

No comments:

Post a Comment